RSS

Kembara Semester…

Semenjak tamatnye exam hari tu rsenye ana dh jarang2 post ape2 kt cni….agak sibuk juga…dan agak penat…lpas je exam ana balik kg…nk uruskan program kt STARS dengan kwn2 yg lain…lpas tu balik UPSI untuk selesaikan kerja tertangguh pula…hari jumaat yg lpas bertolak ke Terengganu utk friendly dgn team bola baling MSSM Terengganu…sabtu mlm bertolak pula ke KL utk liga terbuka bola baling…esok kne pergi lenggong utk baktisiswa perdana..memg agak memenatkan dan xsempt nk berkongsi ape2 kt cni…kpd yg sudi meluangkn mse menjenguk blog ni…terima kasih byk2…hntr la komen ke ape ke…boleh jg berkongsi….jam dh menunjukkn hampir 4pg…ana perlu tdo utk bekerja esok..semoga bertemu lg di lain mase dan d tempt yg same… Assalamualaikum….

Gambar semasa di terengganu….

suka-suka

suka-suka

tamadun Islam

jersey pinjam jer..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 17, 2010 in sekilas pandang

 

Tags:

Alangkah Indahnya Islam…(1)

ISLAM…berasal daripada perkataan إسلام yang membawa maksud patuh dan kesejahteraan…walau bagaimanapun dari segi istilahnya ISLAM membawa pengertian mentauhidkan ALLAH, patuh kepada perintah-Nya, akur dan ikhlas beribadat dengan apa yang dibawa daripada ALLAH melalui para rasul-Nya…..

Bagi ana..maksud ISLAM itu sangat luas…benar motto berilmu, beriman dan beramal….bagi ana, itulah ISLAM…sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu tentang ISLAM seperti ilmu agama, ilmu al-Quran, ataupun ilmu tasawwur ISLAM….sekiranya mereka tidak beriman ataupun mempunyai iman yg tidak mantap…maka sukr untk mereka beramal…sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini (berilmu, beriman dan beramal) mempunyai hubungn yg sgt kuat dan saling bergantungan antara satu sama lain…seseorg itu tidak akn mencari ilmu sekiranya dia tidak mahu beramal dengan ilmu tersebut…dia tidak beriman dengan tuntutan agama yg menyuruh menuntut ilmu…oleh itu, dia tidak akan mencari ilmu tentang agama…tetapi dia mencari ilmu yg boleh merosakkan dirinya tanpa sedar…tnggapan mereka…lecehkah belaja tu, bkn boleh buat ape pn…jadi, sebagai seseorg muslim yg sejati…apabila dia berilmu walaupn sedikit..dia akan mengimani ALLAH…sebelum dia beriman dengan ALLAH..sudah tentu dia berilmu sekurang2nya dia tahu bahawa ALLAH itu adalah PENCIPTA SEKALIAN ALAM DAN MAKHLUK….dengan ilmu tersebut..akan dtglah cahaya keimanan dan akan membuat dirinya semakin ingin mencari ilmu dan beramal dengannya…maka lahirlah individu MUSLIM yang sejati….wallahu’alam…

*nukilan penulis…sekiranya terdapat kesalahan, hantarkan komentar anda. InsyaAllah…Allah akan memudahkan kerja2 dakwah kita…

Alangkah Indahnya Hidup Ini…

indahnya hidup ini sekiranya ISLAM mewarnai hidup kita….

 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2010 in sekilas pandang

 

Indahnya Hidup Ini

Hari ini merupakan satu pg yg agk menyentuh…teringt semula kenangan2 semasa sekolah…tiba2 teringt satu lagu nasyid ni. Bila dgr rasa lega sket…relax n feeling sket..hehe~ Rasanya xde ape sgt yg nk dikongsikan pg ni…pg baru bermula…cuma nk kongsikan lagu ni bersama…hayati….

*lagu nasyid ni pernah ana nyanyi bersama dengan team nasyid sekolah ana dulu..tp kami ubah lirik utk sesuaikan dengan tema anti dadah…kiranya mcm plagiat jg la…tp kami bkn nk komersialkn pn…utk pertandingn nasyid je…xde buat album pn..hehe~

 
Leave a comment

Posted by on April 25, 2010 in sekilas pandang

 

Tags:

..:: 10 Amalan Terbalik ::..

Salam sahabat2…hari ini ana nk kongsikan tentang satu fenomena yang kita sendiri pn tak sangka..tp itulah hakikatnya…bukanlah mahu menuduh org itu slh org ini slh…tp sebagai umat Islam sendiri, kita seharusnya berfikir tentang logiknya satu amalan itu berdasarkan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita hanya berpegang kpd logik akal semata-mata, nescaya akan sesatlah kita dan terpesong dr landasan Islam yg sbnr. Jd, kesimpulnnya jgnlah bertindk mengikt nafsu dan mengikut perasaan. Kita perlu kembali kpd sunnah Nabi s.a.w. Sila baca apa yang ana mahu kongsikan bersama shbt2…

*Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.

Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagaicontoh amalan yang terbalik:-*

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makananuntuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yangbelum* *dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?*

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumahpanggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusiabegini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik inimembuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah

Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

*Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. (Riwayat Bukhari)*

Bagaimana shbt2???….terfikir sejenak???…tak mengapa…..fikir-fikirlah sejenak….renung-renungknalah….

Selamat beramal………….

*dipetik daripada

http://strager2003.blogspot.com/

 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2010 in sekilas pandang

 

Kenangan yang tak dapat dilupakan…

Awl bln ni ana terlibat secara langsung dgn satu dinner…ana sebagai unit teknikal untuk dinner ni…sorg2..tp xpe pn..mjlis kecil jer…alhamdulillah xde pe yg bruk berlaku…dan semua terkawal…syukur2 alhamdulillah…ana nk kongsikan pengalamn pertama insan ni buat 1st perfomance…insan ni suke2 je buat persembahan utk lpaskn tension dia…

xkesah pn org lain nk ckp ape2 kt dia…prinsipnye mudah…ble kite xpuas ht…mesti kite akan tension dan sebagainya…so, kne luahkan…jd insan ni luahkn dgn nyanyian yg agk2 bleh trun hujan tu…tp ape pn…dia puas ht dh ble lpas nyanyi.

*kalau nk lpaskn tension cr tempat dan medan yg sesuai..bkn kt pkok ke bngunan ke..conteng cne cni…tebang2..dan paling malang rosakkan harta benda awam..insan ni dh dpt medan tempt dia lpaskn perasaan dia…shbt2???

 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2010 in Uncategorized

 

Jumaat yang hening dan suram…

Hr ni mcm hr2 jumaat yg lain….cme hr ni ad mslh musim exam…mle lah ana nk pk byk2 bnde n nk muhasabah diri…bese la…musim exam…lpas ni exam 30hb april dan 4hb mei…lme lg kn..tp tu la..penantian satu penyiksaan…tp ad hikmahnye..tu tnde nye…suh pulun stdy..(pnjam loghat)… Hr ni ana tgh pk kan prgram yg ana akn wt mse bln jun nti..prgram motivasi tu la..byk bnde lg yg perlu di stle kn….dr kecil2 perkara….smpy la besar2 perkara…tu sume ana kne fkrkn…semoga ana dapat kekuatan utk terus tabah…

Baru2 ni ana tersentuh pd satu lagu ni…lagu guru Malaysia…sgt menyentuh…dulu mse ana smbut Hr Guru sbg guru gnti di SHUMEL, ana xsempt nyanyi lagu ni..dh bersedia dh nk nyanyi..tp mlgnye…xde slot utk menyanyi pn..xpela..ana nk kongsikan lagu ni dengan shbt2 sume…

Dan hr ni merupakan hr yg ana sgt tersentuh…tp xpe..pengalaman mematangkan usia kn..ana nk kongsikan jg kata2 ni…

“semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tahu….semakin banayk kita tahu, semakin banyak  kita lupa….semakin banyak kita lupa, semakin sedikit yang kita tahu…oleh itu, belajar tidak akan pernah berhenti, kejarlah ilmu sampai ke negeri cina kerana di negeri cina ad tembok cina….”

selamat beramal…..

 
Leave a comment

Posted by on April 24, 2010 in Uncategorized

 

Program Motivasi dan Kepimpinan Islam STARS 2010

Kepada semua shbt2 5KAA thn 2005-2007…di ssini ana upload kertas kerja prgram tersebut sbg makluman shbt2 sume…senarai ajk asal adlh spt yg ana upload. Untuk maklumat lanjut shbt2, bleh layari site ini ini.http://mystarskaa.webs.com

pastikn shbt2 register ahli sblum mendownload…

KERTAS-KERJA-PROGRAM-MOTIVASI-DAN-KEPEMIMPINAN-ISLAM-PERINGKAT-SMK-TUN-ABDUL-RAZAK-SELEKOH-docx

Senarai-Jawatankuasa-Pelaksana-Program-Motivasi-Dan-Kepemimpinan-Islam-docx

 
Leave a comment

Posted by on April 22, 2010 in sekilas pandang

 

Tags: