RSS

Monthly Archives: March 2010

Manusia Durjana…

Seketika dulu aku mempunyai harta dan saham yang begitu banyak ku kirakan. Tapi kini entah ke mana semuanya. Hanyut ditelan arus dan ombak yang semakin sukar ditandingi. Aku semakin miskin dengan harta dan saham…mungkin aku sudah membelanjakannya dan laburkannya dengan cara yang salah…atau mungkin juga aku tidak laburkan langsung harta dan sahamku itu… Semakin memikirkannya semakin runsing dan berat kepalaku…mengapa aku perlu miskin sedangkan dulu aku mewah? Ini satu pengajaran bagiku agar tidak mengulangi langkah yang sama dan memerlukan aku berfikir sejenak untuk mencari jalan penyelesaian dan jalan yang harus aku ikuti…

Renung-renungkanlah sahabat……….

harta: amal kebaikan/soleh

saham: ilmu yang berguna/manfaat

laburkan: menggunakan/aplikasi/praktik

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 17, 2010 in Uncategorized

 

Pulau Harapan

Pulau Harapan


Di hari permulaan

Suatu pertemuan

Merancang pelayaran disulam keazaman

Berbekal kecekalan dan impian

Mengemudi bahtera merentasi samudera

Mengejar cita-cita satu hasrat terpendam

Seiring pengorbanan dan harapan

*

Walau ribut walau badai yang melanda*

Kan diharungi dengan tabah rela

Ini semua sudah suratan Ilahi

Hadapi dengan sepenuh kenyataan

*

Biar apapun dugaan*

Kita jadikan panduan

Agar tidak kalah dipertengahan pelayaran

Semoga dapat diteruskan perjuangan

*

Berarak kabus pagi*

Terserlah sinar suci

Keringat yang tercurah

Terbalas sudah

*

*chorus

Ulang rangkap penuh mengikut urutan

Melangkah ke akhiran Pulau Harapan X2

 
8 Comments

Posted by on March 16, 2010 in Uncategorized

 

kisah seorang pelayar…

Selama ini aku mencari diriku yang semakin hilang ditelan onak dan duri keperitan rintangan yang sangat mencabar. Aku mencari di setiap detik dan sudut waktu dan tempat…di mana diriku? Owh..sungguh dalam lautan ini…aku lemas di dalamnya…tiada siapa pn mengerti dan mengetahui… Betapa susahnya aku berusaha menyelamatkan diriku dari terus lenyap dalam kelemasan laut yang semakin dalam dan semakin bergelora. Akan setiap kali aku melonjakkan diriku untuk ┬ábernafas, semakin dahsyat ombak bergelora. Akhirnya aku terus kelemasan dan hanyut. Kini, aku bertekad…akan ku tanamkan dalam diriku sifat istiqamah…aku perlu berusaha dan terus berusaha untuk berenang ke tebing dan menemui pantai yang indah dan taman yang sangat sempurna dek pandangan mata manusia. Ya Allah…bantulah hamba-Mu ini mencapai jalan dan redha-Mu…

 
Leave a comment

Posted by on March 14, 2010 in Uncategorized